LOG PERTOLONGAN CEMAS
APA ITU PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas adalah pertolongan awal yang diberikan kepada orang-orang yang cedera atau di dalam kesakitan sebelum seseorang pesakit itu mendapat rawatan lebih lanjut atau dirawat oleh doctor atau dihantar ke hospital.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamatkan nyawa.
2. Menahan dan mengelakkan kesakitan.
3. Membantu pesakit untuk pulih segera dari kecederaannya.
SIFAT YANG PERLU DALAM MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
1. Tajam perhatian- Nampak segala tanda-tanda dan alamat kecederaan.
2. Pantas ikhtiar- menggunakan sebaik-baik akan apa saja yang terdapat di sekeliling.
3. Tidak kasar- jangan menyakiti orang yang cedera atau sakit.
4. Berakhlak budi- jangan menambah kesakitan kepada pesakit.
5. Bertimbang rasa- menghiburkan hati orang yang cedera.
6. Sentiasa senyu- muka yang selalu senyum member keyakinan kepada pesakit.
PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MEMBERI P.C
1. Laporkan kepada doktor atau hospital dan polis jika perlu.
2. Tentukan bagaimana pesakit itu diangkat dan dibawa.
3. Tentukan ke mana pesakit itu akan dibawa.
4. Ikhtiar cara atau jalan bagi membawa pesakit.
5. Buatkan satu penyata ringkas untuk doctor atau hospital semasa menyerahkan pesakit.
6. Tunggu pesakit itu setelah diserahkan kepada doctor (jika perlu beritahu doktor atau polis)
PETUA-PETUA AM
1. Buat pertolongan apa yang kamu tahu.
2. Panggil doctor dan beritahu dengan tenang apa yang berlaku.
3. Sentiasa tenang dan gunakan perkataan yang dapat menghiburkan hati pesakit.
4. Tahan darah jika keluar.
5. Pulihkan pernafasannya jika nafasnya berhenti.
6. Beri pesakit rehat.
7. Panaskan badan pesakit.
8. Beri layanan khas yang dikehendaki terlebih dahulu.
9. Jangan gopoh dan sentiasa bersabar.
Sumber dipetik dari buku log pertolongan cemas pengakap.