PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

ILMU PENGAKAP



IKATAN DAN SIMPULAN ASAS PENGAKAP





BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula



BUNGA KETI
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal



BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya





SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.


SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin


SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh


LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak



TINDIH KASIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga


LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah









PENGGUNAAN ALATAN TAJAM

PISAU

KEGUNAAN PISAU:
1.       Memotong benda-benda kecil dan sederhana kecil lembut.
2.       Meraut (rotan,buluh,kayu kecil dan lain-lain)
CARA MEMBERSIHKAN PISAU:
1.       Basuh dan lap pisau selepas digunakan.
2.       Sapu minyak pada pisau ketika hendak disimpan supaya tidak berkarat.
CARA MENJAGA DAN MENYIMPAN PISAU:
1.       Mata pisau hendaklah selalu tajam.
2.       Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
3.       Jangan letak pisau di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai dan jauh dari laluan.
4.       Jangan jadikan pisau seperti permainan. Pisau boleh menyebabkan cedera dan terbunuh.

PARANG ATAU GOLOK:

KEGUNAAN PARANG ATAU GOLOK:
1.       Membelah atau mengerat benda yang agak keras.
2.       Meraut atau memotong buluh, kayu kecil dan lain-lain.
CARA MENJAGA PARANG ATAU GOLOK:
1.       Mata parang hendaklah sentiasa tajam.
2.       Gunakan alatan yang sesuai semasa mengasah.
3.       Jangan bergurau semasa memegang parang atau golok.

KAPAK
3 JENIS KAPAK:
1.       Kapak tangan.
2.       Kapak penebang.
3.       Kapak baji.
KAPAK TANGAN:

KEGUNAANNYA:
1.       Membuat kayu api.
2.       Memotong dahan dan ranting pokok.
KAPAK PENEBANG:

KEGUNAANNYA:
1.       Sesuai menebang kayu keras dan buluh.
KAPAK BAJI:

KEGUNAANNYA
1.       Asesuai menebang kayu lembut kerana ia tidak mudah tersepit.
PENJAGAAN KAPAK:
1.       Cara menjaga kapak adalah sama seperti cara menjaga dan menyimpan pisau dan parang kecuali bahagian tarannya hendaklah diganti apabila patah, reput atau rosak.


MENYALAKAN API
CARA MENGHIDUPKAN API
1.       Cari tempat yang kering dan terlindung daripada angin kencang.
2.       Elakkan dari membuat tungku di kawasan berumput.
3.       Tempat api atau dapur hendaklah jauh dari sesuatu yang mudah terbakar.
4.       Gunakan bahan bakar di sekeliling (ranting, habuk kayu, rumput kering ataupun kulit kayu.)
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN API
1.       Himupan umpan api dalam longgokan yang longgar dan beruang udara.
2.       Setelah menyalakan api, susun kayu api dari yang kecil kepada yang besar.
3.       Buat hadangan sekiranya ada angin.
Rajah: MENGHIDUPKAN API
Rajah: SELEPAS MENGGUNAKAN/MEMADAMKAN API

Sumber dipetik dari Log Ikatan dan simpulan Pengakap