PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Selasa, 22 Januari 2013

UCAPAN TAHNIAH BUAT ANGGOTA YANG MENIMANG CAHAYA MATA



PARIT RAJA: Kami seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat anggota kami iaitu:

1.      En. Ben Yusof (Bentles Work) dan isteri
-          Telah dikurniakan cahaya mata yang pertama, anak lelaki pada December 2012.

 
2.      En. Zamri Yusoff (Embik) dan Juliana Zaabar
-          Telah menimang cahaya mata yang kedua, anak perempuan pada jam 1945H 13012013. 


3.      En. Noordin (Antong) dan Azie
-          Telah dikurniakan cahaya mata anak lelaki pada jam 1535H 18012013.


Doa kami agar anak-anak dikurniakan menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam hidup didunia mahupun diakhirat. Amin.

Selasa, 11 Disember 2012

NOORDIN @ ANTONG TELAH KELUAR DARI HOSPITAL




Alhamdulillah, adalah dimaklumkan bahawa sahabat kita En. Noordin bin Bunasir atau lebih dikenali dgn Antong telah beransur pulih dan dikeluarkan dari Hospital Batu Pahat petang tadi. Beliau sekarang berada di kediaman bapa beliau di Parit Lapis Sempadan bagi meneruskan rawatan susulan. 

Kami dari pihak warga Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak diatas doa tuan-tuan sekalian. Semoga Allah SWT dapat membalas segala jasa baik tuan-tuan semua. Kami warga PPKZPR mendoakan agar En. Noordin akan pulih sepenuh seperti sediakala. Amin.

Khamis, 6 Disember 2012

NOORDIN @ ANTONG DIMASUKKAN KE HOSPITAL




Adalah dimaklumkan bahawa En. Noordin bin Bunasir (Antong) telah dimasukan ke Hospital Batu Pahat pagi tadi disebabkan serang strok dan darah tinggi. Saya dimaklumkan keadaan beliau agak kritikal. Saya bermohon kepada semua agar sama-sama mendoakan agar beliau selamat dan kembali sihat seperti sediakala.

Isnin, 29 Oktober 2012

SELAMAT MENIMANG CAHAYAMATA BUAT RADI & AYUN




BATU PAHAT: Adalah dimaklumkan bahawa anggota Pengakap Kelana Zon Parit Raja, Puan Mahyun binti Sahak telah selamat melahirkan anak ketiga di Hospital Batu Pahat pada jam 0930 tanggal 28 Oktober 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1433H.

            Dengan ini seluruh warga Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) mengucapkan tahniah buat pasangan Radi Khamsol dan Mahyun Sahak diatas kelahiran putera ketiganya. Kami mendoakan semoga diatas kelahiran cahayamata ketiga ini Radi dan Mahyun sekeluarga akan bertambah bahagia dan anak yang dilahirkan ini menjadi anak yang soleh, insyaAllah. Amin.

TAHNIAH RADI & AYUN

Isnin, 22 Oktober 2012

OPS KENANGAN GUNUNG LEDANG






SAGIL, MUAR: Seramai 19 orang anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja bersama-sama staf EZ Dinamik Enterprise telah berjaya menawan semula puncak Gunung Ledang pada 20 Oktober 2012. Ekspedisi yang dinamakan GUNUNG LEDANG CHALLENGERS 2012 atau OPS KENANGAN GUNUNG LEDANG telah diadakan selama 3 hari 2 malam.
Objektif ekspedisi ini dijalankan selain dari mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan, meningkatkan kesihatan, kecergasan ia juga merupakan ekspedisi yang menyusuri jalan kenangan bagi anggota PPKZPR yang lama yang sekian lama tidak mendaki Gunung Ledang.

Tahniah buat semua para peserta.