26 - 30 SEPTEMBER 2010 |
Seramai 3 orang anggota Pengakap Kelana A Parit Raja telah menghadiri Jambori 100 Tahun Pengakap Negeri Pahang di Kem TanGo PPD Pekan yang berlangsung dari 26-30 September 2010. Mereka yang terlibat adalah En. Shahril Bin Sumario, Shahriman Bin Sumario dan En. Nelly Iszaidy Bin Mohd Said. Kami berada disana hanya pada 27 September 2010 sahaja.
Perasmian jambori tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang bersama-sama diiringi oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YB Dato' Hj. Kaharudin Bin Momin dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri YB. Disebabkan komitmen kepada kerja, kami hanya berada di jambori tersebut sehingga jam 1800hrs. Kami mengucapkan tahniah kepada seluruh pengakap Negeri Pahang diatas penganjuran jambori tersebut. Salam pengakap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan