Sempena bulan Syawal yang bakal tiba ini, kami seluruh anggota PASUKAN PENGAKAP KELANA ZON PARIT RAJA (PPKZPR) mengucapkan:
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H
&
HARI KEMERDEKAAN KE-54
Kami juga menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran kami pada semua khususnya ahli Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Johor. Dikesempatan ini juga kami berdoa semoga segala amalan dan doa kita sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini diterima oleh Allah SWT.
Juga kami ingatkan kepada semua agar berhati-hati dijalanraya. Sentiasa amalkan sifat sabar, bertimbang rasa dan berhemah semasa pulang ke destinasi masing-masing. Kami doakan semoga anda semua selamat sampai pergi dan balik.
Buat adik-adik Pengakap Kanak-Kanak (PKK) khususnya tahun 6, abang dan kakak kelana ingatkan jangan berseronok sangat menyambut hari raya, jangan lupakan pelajaran, kerana selepas raya anda semua akan menghadapai peperiksaan UPSR. Doa kami semoga berjaya. InsyaAllah.
Akhir kata dari kami:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
&
HARI KEMERDEKAAN KE-54
“Selamat tinggal Ya Ramadhan, semoga kita akan bertemu lagi tahun hadapan”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan