PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Rabu, 24 November 2010

SEKITAR PERJUMPAAN & MESYUARAT PASUKAN PENGAKAP KELANA ZON PARIT RAJA




PARIT RAJA: Pada 20 November 2010 satu perjumpaan dan mesyuarat Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja telah diadakan di perkarangan rumah Tn. Hj. Sunar yang bermula dari jam 2130 hrs sehingga 0330hrs. Pihak PPKZPR ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas kehadiran dan sumbangan ikhlas anggota pasukan. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang perkembangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja.
Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja mengharapkan perjumpaan ini akan menjadi sebagai satu titik tolak bagi menyatukan idea dan pendapat semua peringkat demi menaikkan nama PPKZPR. Disamping itu juga PPKZPR ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada anggota PPKZPR En. Shahrazi bin Sumario kerana membenarkan perjumpaan ini berlangsung semasa majlis perkahwinan beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan