PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Isnin, 22 November 2010

SETIAUSAHA PPKZPR TELAH KELUAR DARI HOSPITAL

PARIT RAJA: Untuk makluman semua pada 19 November 2010 Jumaat setiausaha Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja En. Waad Bin Sarman telah dikeluarkan dari wad 3 Hospital Batu Pahat setelah empat hari menjalani rawatan sejak dari 16 November yang lalu. Beliau telah dimasukan ke hospital akibat kekurangan darah. Pihak pasukan akan terus mendoakan semoga En. Waad akan terus semboh dari penyakit yang beliau hidapi dan sihat seperti sediakala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan