PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Khamis, 23 Disember 2010

UCAPAN TAHNIAH KEPADA ANGGOTA PENGAKAP MUDA YANG MENGAMBIL PMR 2010

PARIT RAJA: 23 Disember 2010 Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat adik-adik Pengakap Muda yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010. Bagi adik-adik yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang, jadikan keputusan ini untuk adik-adik terus berusaha sehingga impian dan cita-cita adik tercapai. Abang-abang dan kakak-kakak kelana sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik semua dan sama-sama kita naikkan nama Persatuan Pengakap Malaysia khususnya Zon Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Tahniah semua.

"TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan