PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Rabu, 26 Januari 2011

JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KE-12 & JAMBORI ANTARABANGSA TERENGGANU 2011



Kepada seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja, 

Jambori Pengakap Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa Terengganu 2011 yang akan di adakan di Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Di mana sebelum ini telah diadakan Jambori yang seumpamanya di Negeri Sembilan tahun 2006.


Tema Jambori
:
EXPLORASI WARISAN
Tarikh
:
19 hingga 25 November 2011
(Pendaftaran 19 Nov.2011; Turun khemah pagi 25 Nov. 2011)
Lokasi
:
Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Peserta
:
Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja dan Pengakap Muda lelaki dan perempuan.
:
Setiap 10 orang ahli pengakap diiringi oleh seorang pemimpin pengakap.
:
Semua penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap Negeri masing-masing.
:
Penyertaan persendirian atau tidak melalui Kontinjen Negeri tidak dibenarkan.
Yuran Penyertaan
:
Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja dan Pengakap Muda adalah RM60-00 seorang. Meliputi Kit Jambori (Skaf Jambori, Lencana Jambori & Aktiviti, Sijil, Buku Aktiviti dan Tag Nama), Aktiviti Jambori dan pengangkutan dalam program lawatan.
Bayaran
:
Cek atau Bank Draf atas nama
“MAJLIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU”
Keperluan
:
Semua Kontinjen hendaklah menguruskan sendiri pengangkutan ke Kem Telaga Batin, bahan dan alatan untuk makan-minum, khemah, ubat-ubatan kontinjen/peribadi, insuran setiap ahli kontinjen.
Aktiviti
:
Aktiviti Kemahiran, Litar Berhalangan, Aktiviti Air, Lawatan, Forum, Radio Amatur, Permainan Tradisional, Kraftangan, Lawatan & Kembara Bandar, dsb.
Aktiviti Pertandingan
:
Kreativiti Pintu Gerbang Kontinjen dan Persembahan Negeri.

TARIKH TUTUP

:

30 JUN 2011

Kepada anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja yang berminat untuk menyertai jambori tersebut sila hubungi tuan pengerusi En. Shahril bin Hj. Sumario 019-7652131 bagi tujuan pendaftaran dan penyelarasan pergerakan.

8 ulasan:

  1. jikalau pengakap bukan dari parit raja nak menyertai pangakap parit raja ke jamboree tersebut boleh tidak???

    BalasPadam
  2. Boleh.... sebenarnya semua pendaftaran hendaklah melalui kontinjen negeri Johor..... kami cuma sebagai salah satu saluran sahaja..... awak dari pengakap mana?

    BalasPadam
  3. pengakap gelang patah.....
    dan pernah menyertai jamboree antarabangsa.....

    BalasPadam
  4. tarikh bile pengakap akan bertolak ke JAMBORI ANTARABANGSA TERENGGANU 2011..?

    BalasPadam
  5. tarikh pulang pula bila?

    BalasPadam
  6. pulang 24 nov...sape2 yang join see u kt terengganu k...

    BalasPadam
  7. salam. secara jujur nak tau apa motif kem jambori ni. ada ke buat kat ngan kawasan perumahan sekeliling. dah la melalak nyanyi ngan sound system tiap2 malam tak reti ke bising? tu ke yg diterap dlm pengakap zaman sekarang ni? maaf jika dikatakan unsur pengakap sekarang ni dah jauh lari dari insur pengakap yg asal.

    wassalam

    BalasPadam