PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Selasa, 3 Mei 2011

JAMBORI 1 BELIA 1 MALAYSIA




MAKLUMAN

PUTRAJAYA, 04 MEI 2011: Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pengakap Malaysia akan mengadakan JAMBORI 1 BELIA 1 MALAYSIA yang akan berlangsung di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ppm Negeri Johor akan menghantar wakil seramai 1000 orang anggota. Berikut adalah butiran jambori tersebut:

Tarikh                          : 27 - 29 MEI 2011
Tempat                        : BERHAMPIRAN MASJID BESI PUTRAJAYA
Bayaran                       : RM 10.00
Ketua Kontinjen          : Tuan Hj. Mazlan bin Hj. Zaini
Aktiviti                        :
1.      Pentas jaguh 1 Malaysia
2.      Expo Pendidikan
3.      Jom Heboh
4.      Permainan Cak Lempong selama 36 jam tanpa henti
5.      Tadarus Al-Quran
6.      Jambori Pengakap
7.      Jota Joti PPM
8.      Perlawanan futsal
9.      Cup Prix
10.  Karnival Kesenian
11.  Auto show & car drift
12.  Larian Ekiden Antarabangsa Malaysia 2011

Dengan ini diseru kepada seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja untuk turut menyertai Jambori 1 Belia 1 Malaysia. Kepada yg berminat sila hubungi En. Shahril atau En. Nor Eddy bg tujuan pendaftaran dan penyelarasan pergerakkan.

“BERKHIDMAT”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan