PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Rabu, 25 Mei 2011

SUASANA SEKITAR MESYUARAT AGUNG PASUKAN PENGAKAP KELANA ZON PARIT RAJA TAHUN 2011

PARIT RAJA, 24 MEI 2011: Mesyuarat agung Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) bagi tahun 2011 telah diadakan di Balairaya Jasa Setia Taman Sedap Parit Raja pada hari Sabtu bersamaan 21 Mei 2011 yang lalu. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Penghulu Mukim VIII Sri Gading, Tn. Mohamed Salleh bin Pandak.

             Turut menyerikan majlis, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Unit Kelana dan Bencana Alam, Tn. Mohd. Affandi bin Abdul Hamid, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat, Tn. Mohd Asik bin Saim, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Parit Raja, Tn. Hj. Shamsudin bin Lahuri, Mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Parit Raja Unit Kelana, Tn Md. Sab bin Sujai dan para pemimpin dari sekolah-sekolah sekitar zon Parit Raja. 



            Dalam majlis itu juga, Penghulu Mukim VIII Sri Gading berkenan utk melancarkan logo rasmi Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR). Pihak pasukan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para hadirin dan anggota-anggota yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini. 

“ TOGETHER WE MAKE HAPPEN”

1 ulasan:

  1. hoho....mmg sah xde kaum hawa.. cukuplah sekadar memandang dari jauh..huhu.. chaiyo2

    BalasPadam