PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Isnin, 9 Mei 2011

MOHON SUMBANGAN KEPADA EN. MOHD WAAD BIN SARMAN (SETIAUSAHA PPKZPR)



MOHON SUMBANGAN

Adalah dimaklumkan, setiausaha Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR), En. Mohd Waad bin Sarman sekarang sedang menderita penyakit kegagalan buah pinggang dan sekarang beliau dikehendaki menjalani rawatan Hemodalisis bagi meneruskan hidup beliau. Beliau amat memerlukan bantuan bagi menampung perbelanjaan 2 bulan pertama rawatan yang dianggarkan berjumlah RM 5000.
Seperti yg sedia maklum, sebelum ini beliau telah berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan dan baru-baru ini beliau telah memasang tapak di tangan beliau sebagai persediaan rawatan hemodalisis sebanyak RM 1000.
Dengan ini, kami merayu kepada semua pihak agar dapat menyalurkan sumbangan kepada beliau bagi meringan beban yang beliau tanggung. Kepada pihak yang ingin berbuat demikian sila salurkan melalui no akaun dibawah:

CIMB BANK
NOMBOR AKAUN: 06010738463527
NAMA : MOHD WAAD BIN SARMAN

Semoga Allah membalas dengan 1001 kebaikan diatas setiap yg kalian sumbangkan. Terima kasih.

"BERKHIDMAT"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan