PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 24 Julai 2011

UJIAN LENCANA BERBASIKAL PENGAKAP KANAK_KANAK ZON PARIT RAJA



PARIT RAJA, 16 JULAI 2011: Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal bagi Pengakap Kanak-Kanak telah diadakan pada 16 Julai 2011 Sabtu yang lepas di SK Parit Raja. Ujian ini membabit Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dari tiga buah sekolah iaitu SK Pintas Puding, SK Parit Raja dan SK Seri Pulih. Seramai 73 anggota PKK telah menyertai ujian tersebut dengan dibantu pemimpin pengakap, Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR), JOSRAC Batu Pahat dan anggota polis dari Balai Polis Parit Raja. Ekspedisi ini juga disertai oleh beberapa ahli dari Kelab Berbasikal Parit Raja.  



Sebelum ekspedisi ini dimulakan, para peserta telah didedahkan dengan peraturan-peraturan menunggang basikal, pemeriksaan basikal dan langkah-langkah keselamatan oleh anggota PPKZPR.  Ekspedisi ini mempunyai 5 titik pemeriksaan (check point) iaitu Kompleks Penghulu Mukim VIII Sri Gading, Rizab 4 Parit Jambol, jambatan rizab 2 Parit Lapis Sempadan, jambatan rizab 2 Parit Daun dan akhir sekali di Pasar Besar Parit Raja. Ekspedisi ini berakhir jam 1230 di SK Parit Raja. Dalam Ekspedisi ini juga seluruh anggota pengakap turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dengan bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid Parit Sempadan.


 Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat Unit Pengakap Kanak-Kanak. Majlis bersurai sekitar jam 1700. Pihak PKKZPR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

“TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan