PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 22 Januari 2012

ROVERMOOT SELANGOR 2012


Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pengakap Selangor akan menganjurkan “ROVERMOOT SELANGOR 2012” yang bertemakan “SAHABAT”. Rovermoot tersebut akan diadakan seperti butiran dibawah:

Tarikh              : 4 – 7 MEI 2012
Tempat            : MUTIARA SEMENYIH TRAINING RESORT SEMENYIH SELANGOR
Yuran              : RM 50.00

            Dengan ini digalakkan kepada seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) agar bersedia menempuhi cabaran tersebut. Kepada anggota yang berminat sila hubungi En. Ariffin, En. Suhail atau En. Shahril bagi tujuan penyelarasan pergerakan dan pendaftaran.


“TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan