PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Khamis, 29 Mac 2012

UCAPAN TAKZIAH & AL-FATIHAH

Assalamualaikum WBT,

Dukacita dimaklumkan kepada semua, ayahda kepada sahabat PPKZPR kita, Pn. Juraini Kasumawati  Bt. Afandi (Jurai) dan bapa mertua kepada Md Nizam bin Hj. Nawawi telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat 26 Mac 2012 sekitar jam 0400H.

Allahyarham Wak Fandi merupakan seorang yang amat baik dan murah hati. Jasa & sumbang beliau terhadap Persatuan Pengakap Daerah Parit Raja khususnya PPKZPR amat kami hargai & dikenang. 

Seluruh anggota PKZPR mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada Jurai & Nizam sekeluarga. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpunkan bersama ahli Jannah. 

Bersama -samalah kita menghadiahkan AL FATIHAH ke atas rohnya.

Amiin.

Wassalam,

1 ulasan:

  1. LuckyClub Casino site for betting on casino, poker, baccarat
    Lucky Club Casino is licensed by the Malta Gaming Authority, giving it the chance to offer gambling and gaming services online from the comfort of 카지노사이트luckclub a

    BalasPadam