PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Selasa, 19 Jun 2012

UCAPAN TAKZIAH & AL-FATIHAH

Assalamualaikum WBT,

Dukacita dimaklumkan kepada semua, bonda kepada anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) En. Khairunizam bin Shahdan  (Ah Seng), telah kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa 19 Jun 2012 petang tadi di Hospital Batu Pahat. Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Sempadan Darat, Parit Raja pada esok pagi.

Seluruh anggota PKZPR mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada En. Khairunizam dan keluarga. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpunkan bersama ahli Jannah. 

Bersama -samalah kita menghadiahkan AL FATIHAH ke atas rohnya.

Amiin.

Wassalam,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan