PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Isnin, 22 Oktober 2012

OPS KENANGAN GUNUNG LEDANG






SAGIL, MUAR: Seramai 19 orang anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja bersama-sama staf EZ Dinamik Enterprise telah berjaya menawan semula puncak Gunung Ledang pada 20 Oktober 2012. Ekspedisi yang dinamakan GUNUNG LEDANG CHALLENGERS 2012 atau OPS KENANGAN GUNUNG LEDANG telah diadakan selama 3 hari 2 malam.
Objektif ekspedisi ini dijalankan selain dari mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan, meningkatkan kesihatan, kecergasan ia juga merupakan ekspedisi yang menyusuri jalan kenangan bagi anggota PPKZPR yang lama yang sekian lama tidak mendaki Gunung Ledang.

Tahniah buat semua para peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan