PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Selasa, 11 Disember 2012

NOORDIN @ ANTONG TELAH KELUAR DARI HOSPITAL




Alhamdulillah, adalah dimaklumkan bahawa sahabat kita En. Noordin bin Bunasir atau lebih dikenali dgn Antong telah beransur pulih dan dikeluarkan dari Hospital Batu Pahat petang tadi. Beliau sekarang berada di kediaman bapa beliau di Parit Lapis Sempadan bagi meneruskan rawatan susulan. 

Kami dari pihak warga Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak diatas doa tuan-tuan sekalian. Semoga Allah SWT dapat membalas segala jasa baik tuan-tuan semua. Kami warga PPKZPR mendoakan agar En. Noordin akan pulih sepenuh seperti sediakala. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan