PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 31 Oktober 2010

PERJUMPAAN & MESYUARAT KELANA ZON PARIT RAJA

Salam semua,

                Untuk  makluman dan tindakan semua anggota Pengakap Kelana Zon Parit Raja. Satu perjumpaan semula dan mesyuarat akan diadakan seperti butiran dibawah:

Tarikh                    :               20 NOVEMBER 2010
Hari                        :               SABTU
Masa                      :               2130 hrs
Tempat                  :               RUMAH HJ. SUMARIO (WAK SUNAR) NO. 166 JALAN PASAR, PARIT RAJA

                Tujuan perjumpaan ini diadakan bagi menemukan semula seluruh anggota Pengakap Kelana Zon Parit Raja disamping membincangkan beberapa perkara mengenai aktiviti berpengakap. Dengan ini saya sebagai wakil tuan pengerusi En. Shahril menyeru kepada seluruh warga Kelana Parit Raja untuk menghadiri perjumpaan tersebut.


Nota: Minta tolong sampaikan dan war-warkan makluman ini kepada anggota yang tidak dapat dihubungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan