PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Khamis, 4 November 2010

 PERTEMUAN DELEGASI PERSATUAN PENGAKAP KELANA ZON PARIT RAJA DENGAN PENGHULU MUKIM VIII SRI GADING

PARIT RAJA: Pada hari Rabu tanggal 3 November 2010 satu pertemuan diantara Persatuan Pengakap Kelana Parit Raja yang diwakili oleh En. Shahril dan En. Mohammad Rufi dengan Penghulu Mukim VIII Sri Gading iaitu Tn. Mohamed Salleh bin Pandek telah diadakan di Pejabat Penghulu Mukim VIII Sri Gading. Pertemuan ini telah membincangkan beberapa perkara mengenai Pengakap Kelana, aktiviti, perkhidmatan kemasyarakatan dan pembangunan Mukim VIII Sri Gading.  Hasil daripada pertemuan ini telah mengeratkan lagi hubungan diantara penghulu dan Pengakap Kelana Parit Raja. Dari pihak Persatuan Pengakap Kelana Zon Parit Raja mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Penghulu Mukim VIII Sri Gading Tn. Mohamed Salleh bin Pandek.




Gambar: Diantara delegasi Persatuan Pengakap Kelana Zon Parit Raja En. Muhammad Rufi (kiri) dan Penghulu Mukim VIII Sri Gading Tn. Mohamed Salleh bin Pandek di pejabat beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan