PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 7 November 2010

CADANGAN AKTIVITI BAGI PENUTUP TAHUN 2010

Untuk makluman semua, satu aktiviti bakal diadakan pada bulan Disember 2010 sebagai aktiviti penutup bagi tahun 2010. Setakat ini kita baru mendapat beberapa cadangan iaitu:

1.        Air Terjun Sg. Pandan, Kuantan, Pahang (Shahriman)
2.        Latihan Payung Terjun – Sky Diver Genting Highlands (Kpl Zamri JLJD)
3.        Jeram di Hulu Sg. Lembing, Kuantan, Pahang (Shahriman)
4.        Mendaki Gunung Jerai, Kedah (Amero Marmo)

Sebarang cadangan sila kemukakan di laman Facebook atau blog: Pengakap Kelana Parit Raja dengan menuliskan nama dan aktiviti yang dicadangkan. Segala usul atau cadangan akan dibincangkan pada mesyuarat 21 Nov 2010 Sabtu jam 2130hrs  di rumah Wak Sunar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan