PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Selasa, 28 Disember 2010

2nd KUALA LUMPUR BIKERS WEEK 2010





KUALA LUMPUR: 24 Disember 2010 Jumaat, seramai 8 orang ahli Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja yang bernaung dibawah Malaya M.C. telah menghadiri 2nd Kuala Lumpur Bikers Week 2010 yang berlangsung di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 24 sehingga 25 Disember 2010 yang lalu. Majlis berkenaan diadakan bag tujuan menemukan penunggang motosikal berkuasa besar diseluruh Malaysia disamping menjual cenderahati dan aksesori motosikal. Majlis juga turut dihadiri oleh beberapa artis tempatan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Pasukan bikers ini merupakan salah satu cabang dalam Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja selain kesenian reog, kuda kepang dan seni silat.

"TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan