PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 2 Januari 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


PARIT RAJA: 3 Januari 2011, Isnin. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2011. sejurus dengan ini seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja ingin mengucapkan “SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH” buat adik-adik Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Kami doakan semoga tahun ini adik-adik semua akan berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Belajar rain-rajin ya dik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan