PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Khamis, 9 Disember 2010

BENGKEL KEMAHIRAN SOSIAL SUKARELAWAN



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Sosial Sukarelawan yang akan berlangsung di UIAM Gombak. Butiran lanjut adalah seperti berikut :-

Tarikh    :               18 Disember 2010 (Sabtu)
Masa      :               7.30 pagi hingga 10.30 malam
Tempat :                Dewan Banquet, Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC), UIAM
Yuran     :               RM 20.00 seorang (Sijil Penyertaan, Badge, Kit Kursus, Makan)

Sehubungan dengan itu, kepada ahli pengakap yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi Saudari NOR HAZIRA BT. ABU HAIYAN (012-5424458).


“PENGAKAP: PRIHATIN UNTUK GENERASI YANG LEBIH BAIK”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan