PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Khamis, 9 Disember 2010

SUASANA SEKITAR SAMBUTAN MALAM MAAL HIJRAH 1432H DI MASJID ABDULLAH PAQIH PARIT RAJA






PARIT RAJA: 06 Disember 2010 Isnin, anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja telah mengadakan sambutan sempena Maal Hijrah 1432H di Masjid Abdullah Paqih Parit Raja. Sambutan tersebut diadakan bersama-sama jemaah masjid berkenaan. Bermula seawal 1800hrs anggota PPKZPR telah berkumpul di perkarangan masjid dan menunaikan solat Tahiyattul Masjid. Bacaan doa akhir tahun dan awal tahun telah dibacakan oleh imam masjib tersebut iaitu Tn. Hj. Mustapha dan tazkirah juga disampaikan oleh beliau selepas solat maghrib. Majlis bersurai sekitar jam 2130hrs selepas solat Isyak, diakhiri dengan selawat beramai-ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan