PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Isnin, 28 Februari 2011

TAHNIAH: KURSUS MANIKAYU (PENGENALAN) DI SEGAMAT


SEGAMAT, 26 FEBRUARI 2011: Seramai  4 orang anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) telah berjaya menamatkan Kursus Manikayu (Pengenalan) di Pusat Kegiatan Guru Bandar Segamat. Peserta tersebut adalah:

1.        SHAHRIL BIN HJ. SUMARIO
2.        ZULKARNAIN BIN OMAR
3.        MUHAMMAD SUHAIL BIN HJ. SUTTRYSONO
4.        MOHD. KHAIRUL ARIFFIN BIN PITDIN

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPM Daerah Segamat diatas kerjasama dan juga peluang  yang diberikan. Kami berharap usaha ini akan berterusan dalam membentuk anggota pengakap yang cemerlang.

"TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan