PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Selasa, 1 Mac 2011

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN DAN TAHLIL ARWAH


Satu majlis bacaan Surah Yasin dan tahlil untuk Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor iaitu Allahyarham Tuan Hj. Hamidon bin Harun yg telah kembali kerahmatullah pada 5 Februari 2011 yang lalu di Hospital Pakar Ampang. Majlis tersebut akan diadakan pada

Tarikh                    : 12 MAC 2011
Masa                      : 1900 hrs
Tempat                  : KEM JUBLI INTAN TANJUNG LABOH BATU PAHAT
Pakaian                : BAJU MELAYU LENGKAP

ATURCARA MAJLIS

-          Ketibaan
-          Ketibaan Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
-          Solat Maghrib berjemaah
-          Bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai
-          Solat Isyak berjemaah
-          Jamuan ringan
-          Bersurai

Dengan ini diseru kepada seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut. Untuk kehadiran sila hubungi dan maklum kepada En. Shahril atau En. Eddie bagi tujuan penyelarasan pergerakkan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

"Al-Fatihah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan