PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Isnin, 21 Februari 2011

UCAPAN TAHNIAH KEPADA ANGGOTA PENGAKAP KELANA YANG MENGAMBIL STPM 2010

PARIT RAJA, 21 Februari 2011: Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat anggota Pengakap Kelana yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang, jadikan keputusan ini untuk adik-adik terus berusaha sehingga impian dan cita-cita adik tercapai. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kelana semua dan sama-sama kita naikkan nama Persatuan Pengakap Malaysia khususnya Zon Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Tahniah semua.

"TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan