PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 20 Februari 2011

TAKZIAH


Pihak Pengurusan Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja dengan dukacitanya mengumumkan pemergian EN. TAJAP BIN PARMAN ke Rahmatullah pada hari, RABU, 2 FEBRUARI 2011 bersamaan 28 SAFAR 1432H. Allahyarham adalah bapa kepada anggota PPKZPR kita, juga pemegang anugerah Pengakap Raja 1997, EN. JAMIL BIN TAJAM dari Kumpulan 01 Parit Raja. Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan digolongkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

‘Innalillahi Wainna Ilahi Ro’jiun’

Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan