PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Khamis, 31 Mac 2011

EN. SULAIMAN (BIRO KEMAHIRAN & LATIHAN) MENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA



 MAKLUMAN
SERDANG, 1 APRIL 2011, JUMAAT:  Ahli Jawatankuasa Biro Kemahiran & Latihan Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR), En. Sulaiman bin Abdul Rahim (gambar) telah mengalami kemalangan jalan raya malam tadi jam 0039 di lebuhraya KESAS setelah baru pulang dari melawat saudaranya.  Diberitahu, beliau yang menunggang motosikal telah mengalami kecederaan di kepala dan patah pergelangan tangan kiri. Kini beliau telah dirawat di Hospital Serdang Selangor dan diberita keadaan beliau agak stabil. Dengan ini dirayu kepada seluruh anggota dan rakan-rakan yang mengenali beliau agar dapat mendoakan beliau cepat semboh dan kembali sihat seperti sediakala. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan