PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 3 April 2011

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR DIANUGERAHKAN SEBAGAI TOKOH BATU PAHAT 2010




BATU PAHAT, 4 APRIL 2011: Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2010, Tuan Hj. Yaacob bin A Karim - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah dianugerahkan Tokoh Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2010. Jasa dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru di sekolah menengah, pensyarah di institut perguruan dan juga penglibatan beliau dalam aktiviti kepengakapan membuatkan beliau terpilih sebagai Tokoh Guru 2010 peringkat Daerah Batu Pahat. 

Kami Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat tuan.

“SEKALI PENGAKAP, SELAMANYA PENGAKAP”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan