PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Isnin, 7 Mac 2011

TAHNIAH KEPADA ANGGOTA PASUKAN PENGAKAP KELANA/BENCANA NEGERI JOHOR



KLUANG,  4 MAC 2011: Ucapan tahniah dari Pasukan Pengakap Zon Parit Raja kepada seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana/Bencana Negeri Johor diatas kejayaan menganjurkan Perkhemahan Perlantikan Pengakap Kelana dan Program Cintai dan Pelihara Alam yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Hutan Simpan Gunung Berlumut Kluang. Program tersebut bermula dari 4 Mac 2011 sehingga 7 Mac 2011 telah dihadiri lebih dari 300 orang termasuk peserta dan urusetia.

Semoga dengan berlangsungnya program seperti ini akan menjadikan sebagai satu titik tolak untuk melahirkan lebih ramai lagi anggota pengakap kelana yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berilmu dalam menabur bakti kepada masyarakat disamping dapat mewujudkan satu suasana yang harmoni dalam kehidupan pelbagai bangsa. SYABAS PASUKAN PENGAKAP KELANA NEGERI JOHOR.

“TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan