PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Rabu, 16 Mac 2011

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA RAJA PERMAISURI AGONG DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DIATAS PENGANUGERAHAN ANUGERAH TERTINGGI PPM DARI PPKZPR



PUTRAJAYA, 15 MAC 2011: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat, manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.

Pada majlis tersebut, seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang.
 
Dengan ini, Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Malaysia serta semua penerima anugerah bintang dan pingat PPM.

"SEKALI PENGAKAP, SELAMANYA PENGAKAP"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan