PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 3 April 2011

EN. SULAIMAN (BIRO KEMAHIRAN DAN LATIHAN PPKZPR) TELAH DIKELUARKAN DARI HOSPITAL SERDANG




SERDANG, 4 APRIL 2011: Untuk makluman semua pada 2 April 2011 hari Sabtu, Ahli Jawatankuasa Biro Kemahiran & Latihan Pasukan Pengakap Kelana  Zon Parit Raja  PPKZPR), En. Sulaiman bin Abdul Rahim (gambar) telah dikeluarkan dari hospital setelah menjalani rawatan di Hospital Serdang Selangor. Beliau sekarang berada di rumah bapa saudara beliau di Bangi dan dalam keadaan beransur pulih dari kecederaan yang beliau alami. Pada 1 April 2011 jam 0039 beliau telah mengalami kemalangan jalan raya di lebuhraya KESAS dan mengalami kecederaan dikepala dan patah pergelangan tangan kiri. Pihak pasukan akan terus mendoakan semoga En. Sulaiman akan segera semboh dan dapat bertugas seperti sedikala. Terima kasih diatas doa semua pihak.

“SEKALI PENGAKAP, SELAMANYA PENGAKAP”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan