PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 10 April 2011

MAJLIS PENUTUP GELANGGANG PERSILATAN PUTRO MENGGOLO KALI KE-6



MAKLUMAN
PERSATUAN SENI SILAT PUTRO MENGGOLO yang bernaung dibawah Biro Kesenian dan Kebudayaan Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) diketuai oleh En. Norizal bin Mislan akan mengadakan Majlis Penutupan Gelanggang Kali Ke-6. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ADUN Semarang, YB. Datuk Samsol Bari bin Jamali untuk merasmikan penutupan gelanggang. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh                    : 15 APRIL 2011
Hari                        : JUMAAT
Masa                      : 2045 HRS
Tempat                  : GELANGGANG PERSILATAN PUTRO MENGGOLO
  NO. 3, KG PARIT DARIM, 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA’ZIM.

Dengan ini dijemput kepada seluruh anggota PPKZPR untuk hadir bagi memeriahkan majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan