PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Rabu, 27 April 2011

MAJLIS PENUTUP GELANGGANG PERSILATAN PUTRO MENGGOLO





PARIT RAJA: Pada 15 April yang lalu, satu Majlis Penutup Gelanggang Persilatan Putro Menggolo kali ke-6 telah diadakan di perkarangan rumah En. Mislan di No. 3, Kampung Parit Darim. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Semarang iaitu Yang Berbahagia En. Samsol Bari bin Jamali bagi merasmikan majlis tersebut.

Dianggarkan seramai 200 orang telah menghadiri majlis tersebut. Pihak Pasukan Pengakap Zon Parit Raja (PPKZPR) mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB ADUN Semarang, JKKK Kg. Parit Darim, En. Mislan sekeluarga, anggota kelana dan semua yang turut menjayakan majlis tersebut.

"BERKHIDMAT"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan