PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 24 April 2011

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN BANTU MULA


MAKLUMAN
Satu Kurus Pertolongan Cemas dan Bantu Mula akan diadakan seperti butiran dibawah:

Tarikh                    : 29 APRIL 2011 (PENDAFTARAN)
                                 30 APRIL 2011 (KURSUS)
Tempat                  : KEM JUBLI INTAN TG. LABOH
Masa                      : PENDAFTARAN - SELEPAS ASAR
                                  KURSUS               - 0800HRS – 1700HRS
Yuran                     : RM 30.00 Seorang (Termasuk makanan, kit kursus dan sijil)
Keperluan             :
a.       Setiap kumpulan hendaklah mempunyai seramai 6 orang ahli.
b.       Setiap kumpulan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu peti pertolongan cemas yang lengkap.

Kepada anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja yang berminat untuk menyertai kursus tersebut bolehlah berhubung dengan En. Shahril bin Sumario atau En. Nor Eddy bin Jasmon bagi tujuan penyelarasan pergerakkan.
“BERKHIDMAT”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan