PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 4 September 2011

PENGUMUMAN: MANTAN SETIAUSAHA PPKZPR TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH




PARIT RAJA, 05 SEPTEMBER 2011: Pada tanggal 4 September 2011 bersamaan 6 Syawal 1432H, Mantan Setiausaha Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR), En. Mohd Waad bin Sarman (gambar) telah kembali ke rahmatullah di rumah beliau di Jalan Pasar Parit Raja. Beliau yang  berusia 28 tahun telah menderita akibat diabetis dan kegagalan buah pinggang berfungsi dan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 0330 semalam.

Beliau telah menyertai Persatuan Pengakap Malaysia semenjak beliau di sekolah rendah dan  bergiat aktif di sekolah menengah dan seterusnya menyumbang bakti beliau dalam pengakap kelana. Sumbangan dan jasa beliau khususnya PPKZPR tidak dapat dibalas.

Kami, seluruh anggota PPKZPR mengucapkan salam takziah kepada cikgu Sarman sekeluarga diatas pemergian Allahyarham Waad. Kami doakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh beliau dan digolongkan dalam golongan orang-orang yg beriman. Amin,

AL-FATIHAH

1 ulasan: