PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Selasa, 6 September 2011

SEMBOYAN KE JAMBORI MALAYSIA KE-12


PERHATIAN

Kepada seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR). Adalah dimaklumkan bahawa semboyan ke JAMBORI MALAYSIA KE-12 telah bergema. Jambori tersebut akan berlangsung seperti butiran dibawah:

Tarikh              : 19 – 25 November 2011
Tempat            : Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu
Yuran              : Pendaftaran jambori RM 80.00
 Makan, minum & T-shirt kontigen Johor RM 170.00
 Keseluruhannya adalah RM 250.00 (tidak termasuk kos pengangkutan yg ditetapkan oleh DC Batu Pahat)

Ketua kontingen bagi jambori tersebut adalah Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim (PPNJ Pentadbiran). Kepada anggota yang berminat untuk menyertai jambori tersebut sila hubungi Pengerusi PPKZPR En. Khairul Ariffin di talian 012-730 1908 bagi tujuan pengurusan pendaftaran & penyelarasan pergerakan.

“Sedia Berkhidmat”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan