PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Rabu, 9 November 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN EN. MOHD. FAUZI BIN MASNONO




PARIT RAJA, 9 November 2011: Adalah dimaklumkan bahawa anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR), En. Mohd. Fauzi bin Masnono (gambar) menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau pada 20 NOVEMBER 2011 bersamaan 24 Zulhijjah 1432H, Ahad dirumah beliau di Parit Lapis Sempadan Tengah (Baroh), Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Kepada seluruh anggota PPKZPR diminta melaporkan diri untuk REWANG. Seluruh anggota mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, kami doakan semoga menjadi suami yang soleh dan berbahagia sehingga sedetik lebih selepas selamanya. Amin.

"SEDIA BERKHIDMAT"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan