PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 13 November 2011

UCAPAN TAKZIAH & AL-FATIHAH

 
Assalamualaikum WBT,

Dukacita dimaklumkan kepada semua, ibu kepada anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) En. Suhail bin Sutrysono (Wel), Allahyarhammah Rosnah binti Ali , telah kembali ke Rahmatullah pada 13 November 2011. Jenazah allahyarhammah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Raja Darat sebelum Zohor pada hari yang sama.

Seluruh anggota PKZPR mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada En. Suhail dan keluarga. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpunkan bersama ahli Jannah. 

Bersama -samalah kita menghadiahkan AL FATIHAH ke atas rohnya.

Amiin.

Wassalam,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan