PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Jumaat, 27 Julai 2012

SAMBUTAN NUZUL QURAN PERINGKAT PPM JOHOR





Adalah dimaklumkan bahawa Sambutan Nuzul Quran Peringkat Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Johor akan diadakan seperti butiran dibawah:

Tarikh              :           3 & 4 OGOS 2012 bersamaan 14 & 15 RAMADHAN 1433H

Hari                 :           Sabtu & Ahad

Tempat            :           KEM JUBLI INTAN TANGJUNG LABOH

Program         :           Musabaqah, Hafazan, Tadarus, Iftar dan lain-lain.

Dengan ini disarankan kepada seluruh anggota Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) untuk menyertai dan memeriahkan lagi majlis tersebut. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan/puan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan