Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang bakal disambut
pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) mengambil
kesempatan untuk mengucapkan
“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”
Kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada seluruh anggota
Persatuan Pengakap Malaysia (PPM). Semoga dengan izin Allah SWT negara kita
akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu
diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih
produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.
Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela
bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa
demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua
dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
“ Hari ini jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masa depan belum
tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, perjuangan
kita belum selesai, hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu
tanda bangsanya yang berjaya” Petikan Sajak Perjuangan Kita Belum Selesai - Nukilan Tun Dr Mahatdir Mohamad
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan