PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Rabu, 12 Januari 2011

PENGUMUMAN: MESYUARAT AGUNG SESSI 2011 PASUKAN PENGAKAP KELANA ZON PARIT RAJA



Untuk makluman dan tindakan semua anggota, Mesyuarat Agung Sessi 2011 Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja akan diadakan seperti butiran dibawah:

Tarikh                    :               21 JANUARI 2011
Hari                        :               JUMAAT
Masa                      :               2100 hrs
Tempat                  :               KEDAI MAKAN APENG
Pakaian                :               BERSERAGAM atau KEMAS BERSKAF PENGAKAP

Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat tersebut amat dihargai.

“SEKALI BERPENGAKAP SELAMANYA BERPENGAKAP”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan