PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Ahad, 13 Februari 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H



14 Februari 2011, PARIT RAJA: Sempena hari kelahiran nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 pihak Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR) ingin mengucapkan kepada seluruh anggota Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

“SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H”

Sempena hari kebesaran ini semoga kita sama-sama mengingatkan agar seluruh umat Islam akan dapat mencontohi akhlak Rasulullah dalam menjalani kehidupan seharian agar agama Islam akan terus dipandang mulia ,tinggi dan contoh oleh agama lain. Disebabkan Masjid Al-Pakeh Pekan Parit Raja telah ditutup bagi menjalani pembinaan semula masjid diharap seluruh anggota PPKZPR dapat menyambutnya di kampong masing-masing bagi sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan