PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog persatuan Pengakap Kelana Parit Raja. Diharap laman blog ini dapat membantu ahli-ahli pengakap pada semua peringkat usia. Kami ahli Kelana Parit Raja amat berbesar hati untuk memberi segala pertolongan yang anda perlukan. Sekira ada persoalan mengenai pengakap,luahkan sahaja kepada kami dan insyaAllah kami akan membantu anda sejajar dengan cogankata kami "BERKHIDMAT".

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Khamis, 21 April 2011

PENGUJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK SK PINTAS PUDING


PARIT RAJA, 16 APRIL 2011: Satu pengujian Lencana Keahlian bagi Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Pintas Puding telah diadakan. Seramai 60 anggota Pengakap  Kanak-Kanak dan 10 orang anggota Pengakap Kelana dari Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja telah terlibat dalam ujian tersebut. Anggota Pengakap Kelana yang terlibat adalah:

i.              En. Shahril bin Hj. Sumario
                ii.             En. Mohd Nor Eddy bin Jasmon
                iii.           En. Mohd Fauzi bin Masnono
iv.            En. Khairul Ariffin bin Pitdin
v.             En. Alfarid bin Mohd Kamal
vi.            En. Isa bin Ishak
                vii.           En. Sulaiman bin Abdul Rahim
                viii.         En. Muhammad Suhail bin Suttrysono
ix.            Pn. Azlina bt. Misnan
x.             Mohd. Jamsari Shah bin Jamion

Pihak pasukan mengucapkan jutaan terima kasih diatas jemputan pihak SK Pintas Puding khususnya guru besar dan pemimpin pengakap yang sudi menjemput kami sebagai penguji dalam ujian Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak. 

Semoga dengan aktiviti seperti ini, dapat anjurkan agar kerjasama diantara pihak sekolah khususnya Sek. Keb. Pintas Puding dengan Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja akan terus muhibbah dan erat disamping dapat mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan diantara kita.

“BERKHIDMAT”

2 ulasan:

  1. ass tuaama saya takde pun...

    BalasPadam
  2. Maaflah klu nama tidak di nyatakan. Mungkin miscommunication. Tlg bagi nama semula nanti saya masukkan dlm blog. Maaf. I really appreciate your coorperation. InsyaAllah

    BalasPadam